: Madagascar 2:Escape to Africa :




Yuhuu...aku kembali dgn mengkritik filem terbaru keluaran "Dreamworks" - Madagascar 2:Escape to Africa..Aku ngan adik2 aku sekali ngan kazen2 sekali pergilah ke panggung untuk melihat cerita ini.Rancangan pertama nak tgk Antoo Fighters tapi masa kami datang lebih kurang pukul 4.30pm(29/11),show tuk Antoo Fighter xda jam 5,so tgk je la Madagascar 2...ni ada sket sinopsis citer ni....

Madagascar 2: Escape to Africa adalah sambungan daripada filem tahun lalu Madagascar di mana setelah sekumpulan haiwan daripada salah sebuah zoo di New York melarikan diri kini merka bercadang untuk pulang semula ke New York.

Sepanjang perjalanan menaiki kapal terbang yang diketuai oleh sekumpulan penguin(mmg pelik giler penguin bawak kapal terbang)..tiba-tiba kapal terbang yang mereka naiki mengalami masalah dan terhempas kat Africa. Di sinilah bermulanya kemuncak filem ini di mana kisah hidup Alex kembali diputarkan sehingga membawa ia kepada pertemuan kembali dengan kedua ibu bapanya Zuba dan Florrie. Zuba pula merupakan ketua kepada kawanan singa di kawasan itu, merasakan sungguh gembira dengan kepulangan Alex yang disangkakan telah mati sejak lama dahulu.

Muncul pula watak Makunga, seekor singa jantan yang jahat yang mempunyai agenda untuk merampas title Zuba. Makunga menghasut Alex untuk memilih lawan yang salah dalam pertarungan puak yang wajib dilalui oleh setiap anak singa. Akhirnya Alex kalah memandangkan dia memang tidak pandai langsung untuk berlawan kerana kebolehannya hanyalah menari!! Ya sebab itulah dia digelar King of New York!

Pada masa yang sama juga, Marty telah menyertai kawanan zebra yang merupakan keluarganya. Di sini dia mengalami krisis identiti dimana dia tertekan untuk mencari kelainan di antara dia dan kawanan zebra yang lain. Ketensionannya semakin menjadi-jadi apabila Alex yang merupakan kawan rapatnya pun tidak dapat membezakan dia dengan kuda-kuda belang yang lain!!!

Gloria pula sibuk mencari cinta sejati di kalangan badak air yang ada di situ dan akhirnya dia menjumpai Moto Moto, seekor badak air yang gagah perkasa!! Namun dia tidak menyedari yang Melman sebenarnya telah mencintainya sejak sekian lama.

Melman pula dilantik menjadi bomoh di kalangan kumpulannya. Namun dek kecewa dengan cinta Gloria, dia pun nekad untuk menjadi korban akibat kemarau yang melanda kawasan itu. Apakah puncanya?? tengoklah sendiri..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to ": Madagascar 2:Escape to Africa :"

  1. danielle says:
    December 3, 2008 at 11:15 PM

    win y dun u review bout twilight...i just watch that muvee..yang aku suker ialah plakon dier...huhuhhu..gorgous!!!btolo ker x aku eja tuh...

  2. Cahaya Bulan says:
    December 12, 2008 at 12:57 PM

    hehehe.. i like to move it move it.. :)

Related Posts with Thumbnails