Apa Dah Jadi dengan MAS AF2??
"Ari ni mmg boring yg teramat,so stay rumah jak la smbil tgk Melodi kt TV3..tiba2 ada crita PANAS pasal artis reality show,Akademi Fantasia,MAS AF2....dia dikatakan mengamuk kat balai polis tak tentu pasal dan skrg dimasukkan kat wad psikatri...huh??!!!terkejut aku.."Ni ada sedikit cerita.....
Berita tergempar, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2 (AF2), Asma Ghani atau dikenali sebagai Mas yang berasal dari Tawau,Sabah kini ditahan di Wad Neurologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami tekanan jiwa. Ketua Pegawai Operasi Maestro Freddie Fernandez memaklumkan, Mas ditahan di hospital tersebut selepas mengamuk dan ditangkap di sebuah balai polis semalam.
Mas memberi alasan kepada polis yang dia membuat pusingan U di tempat yang salah semasa sedang bergaduh dengan kekasihnya namun polis tidak dapat menerima alasannya lalu dia mengamuk kepada polis, kata sumber itu.
Ini merupakan kali kedua Mas membuat hal dan mengamuk di balai polis. Mas adalah ibu tunggal kepada Nurfadilah, 10, dan Mohd. Fadzil, 8.
Mas pernah memberitahu bahawa kehidupannya di Kuala Lumpur agak susah, kehabisan wang dan tertekan dengan ketiadaan show dan job. Nasib baik Azwan Ali ambil dia memegang watak sebagai 'Pembantu Rumah' dalam Amboi Amboi Amboi(Astro Prima)..Berita kecoh lagi dengan Freddie Fernandez, penerbit album Mas iaitu Joe Wings dan kekasih Mas, Shahrul Azman atau ROCK tak dapat bertemu dengan Mas di Wad Neurologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sebabnya dihalang oleh pihak hospital atas permintaan Mas sendiri. Akhirnya jadi kecoh sebab sebelum ini pertemuan diatur atas persetujuan Mas sendiri. Tapi Mas katanya tak mahu berjumpa dengan sesiapa hari ini. Menurut Rock, pihak hospital tu tipu. Tu yang buat tragedi ni jadi kecoh lagi. Masa bertemu Mas semalam, keadaan dah stabil dan Mas merayu untuk keluar dari hospital.
Dengan kekecohan yang timbul itu, Rock terus menghubungi bapa Mas di Tawau, Sabah, Ghani dan menceritakan tentang keadaan Mas yang sedang di tahan di hospital tersebut.
Menurut Rock, itu adalah kali pertama dia menghubungi bapa Mas setelah insiden tersebut dan mengakui bapanya cukup terkejut dengan berita tersebut.
“Bapanya memang ingin datang segera setelah saya sampaikan berita itu tadi. Tapi masalahnya, bapanya ketika ini sedang menghadapi masalah kewangan dan tidak tahu nak buat apa,” luah Rock yang sudah hampir setahun menyulam cinta dengan Mas.
Freddie berkata, pihak Maestro akan cuba membawa ibubapa penyanyi itu ke sini secepat mungkin untuk menyelesaikan perkara itu.
“Saya akan bawa mereka berjumpa dengan pihak hospital untuk bincang tentang keadaan Mas dan cuba bawa dia keluar dari hospital ini. Perkara ini melibatkan maruah Mas dan keluarganya serta akan turut memberi impak terhadap reputasinya sebagai artis. Mungkin kita akan usahakan dari segi kewangan untuk bawa keluarganya ke sini,”
Menurut Freddie lagi, apa yang dirisaukan oleh anak buahnya itu,MAS, adalah kelewatan albumnya disiapkan.
"Saya tak nafikan dia ada mengadu mengenai kelewatan mini album dia disiapkan. Pihak kami bukan sengaja berbuat demikian sebab penerbit album Mas, Joe Wings sakit ketika itu. Oleh sebab itu album Mas agak lambat sikit disiapkan.
"Tiga, empat hari lalu pegawai Maestro ada berjumpa dengan Mas dan berbincang mengenai kelewatan album ini. Ketika itu dia puashati dan menerima penerangan pihak kami," katanya.
Tegasnya, masalah penghasilan album bukan hanya dihadapi oleh Mas seorang malah artis-artis di bawah pengawasan Maestro juga mengalami masalah yang tersendiri.
"Ada benda-benda yang menghalang persiapan album ini. Lagipun lagu duet dengan Aswad tertangguh sebab Aswad punya komitmen lain mengakibatkan album tersebut agak lambat disiapkan," katanya.
[Sumber : Budiey.com & mStar]
P/ S : di harap MAS dapat kembali normal seperti sediakala
February 9, 2009 at 8:19 AM
alamak betul ba???alallalala
February 9, 2009 at 11:59 AM
ya ba...kesian dia kan..